Nov 28, 2011

5 Sikap Buruk Wajib Ditinggalkan



Setiap insan mengimpikan sebuah rumah tangga dan keluarga yang bahagia. Namun untuk mengecap kebahagiaan itu perlu ada usaha dilakukan. Tak terkecuali ia juga mungkin memerlukan pengorbanan.
Satu yang harus dikorbankan oleh pasangan suami isteri untuk meraih keharmonian rumah tangga adalah sikap buruk yang sudah sebati dengan diri. Kebiasaannya sikap buruk ini begitu sebati dengan diri lantas membuatkan ia sesuatu yang sukar untuk dikikis. Tapi jangan putus asa berusahalah menghapus segala keburukan itu untuk kebahagiaan berkekalan.

1. Cemburu Yang Berlebihan
Sewaktu suami sedang berbual dengan teman lamanya (wanita) di laman web sosial sebaiknya isteri perlu bersikap tenang dan positif. Selagi berada di landasan yang betul, hal tersebut adalah satu tindakan yang tidak perlu diperbesarkan. Perasaan cemburu tidak bertempat hanya membuatkan rumah tangga panas dan banyak kongkongan. Tidak dinafikan, cemburu memang perlu tetapi biarlah berpada kerana itulah tanda cinta. Tetapi jika berlebihan, mengundang padah yang merosakkan.



2. Membuka Aib Pasangan
Setiap insan punyai kelebihan dan kekurangan. Lantaran itulah kita perlu menghormatinya dengan tidak menjajanya kepada sesiapa. Lebih-lebih lagi rahsia keluarga atau kitalah orang kepercayaannya. Dalam ikatan rumah tangga, baik isteri mahupun suami kelemahan diri perlu ditutup sebaik mungkin. Terimalah pasangan anda seadanya kerana keikhlasan yang terbit dari hati mencetus bahagia sampai bila-bila.


Meskipun pasangan bertukar-ganti, belum tentu dia lebih baik dari sebelumnya. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan belajarlah untuk redha. Simpan sebaiknya aib, kekurangan atau masalah pasangan dari diketahui umum. Nescaya, pulangan yang diterima berkali-kali ganda.

3. Dikuasai Perasaan Hasad Dengki
Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Tetapi bila diserang PHD (penyakit hasad dengki) tiada klinik mampu berikan ubat yang terbaik. Buatlah apa jenis pembedahan, suntiklah apa jua vaksin tetapi jika tiada keinginan mengubah dari hati, sudah pasti jalan kegagalan sedia menanti.


Sebagai pasangan suami isteri, perasaan dengki, suka menunjuk dan iri hati perlu dihapuskan serta merta. Jangan nanti bila melihat jiran sebelah menukar perabot baru maka kita pun ingin melakukan perkara yang sama biarpun kemampuannya paras-paras hidung sahaja. Mangsanya, suami ''melengkung'' melangsaikan hutang demi memenuhi kehendak isteri tersayang.
Seharusnya bersyukurlah sentiasa dan cukuplah dengan apa yang ada. Usah merenung kelebihan orang lain hingga menangisi nasib sendiri. Berubahlah ke arah yang lebih positif bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

4. Keinginan Melakukan Kemungkaran
Tabiat buruk seperti berjudi, minum arak, seks bebas dan sebagainya adalah tindakan-tindakan yang mendorong ke arah kehancuran. Jangan sesekali terjebak dalam aktiviti sebegini yang hanya akan menjunamkan diri ke lembah hina. Tapi sebagai manusia pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jika terlanjur melakukannya segeralah bertaubat.


Tinggalkan segera sebelum ditimpa pembalasanNya. ''Cuci tangan'' sebelum masalah berpanjangan. Ingatlah bahawa Allah sangat membenci hamba-hambaNya yang melakukan kemungkaran. Di dunia lagi Tuhan telah tunjukkan balasan seperti perpecahan keluarga, kemerosotan ekonomi dan macam-macam lagi. Bukan pada diri sendiri malah pasangan, keluarga serta masyarakat turut merasa tempiasnya. Jagalah kehormatan diri dan keluarga selain berdoa pada Yang Maha Kuasa agar sentiasa terpelihara.

5. Sensitif Dan Cepat Emosi
Hidup berumah tangga, suami atau isteri perlu menjalin kasih sayang dengan baik. Jangan kerana hal-hal yang kecil membuatkan masing-masing bermasam muka hingga berhari-hari lamanya. Kalau boleh, jangan bangkitkan kemarahannya dengan bercerita kenangan lama dengan bekas kekasih atau meluahkan tentang keburukan dan kekurangan diri serta keluarganya.


Sedarlah bahawa memuji lelaki atau wanita lain di hadapan pasangan juga boleh membuatkan si dia berkecil hati. Begitu juga sekiranya tidak peka dengan kegemaran atau kesukaannya. Hal-hal yang disebutkan tadi adalah sebahagian dari perkara yang boleh membuatkan si dia menjauh diri sekali gus menimbulkan kemarahan.
Ingatlah, walau siapa pun pasangan anda, usah sekali-sekali meremehkan atau merendahkan kebolehan dirinya. Kerana itulah, sebelum memutuskan untuk mengikat janji setia membina mahligai bahagia maka selidikilah dirinya sedalam-dalamnya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari sampai melakukan dosa yang ada kalanya tidak disedari.

Jadilah Suami Pujaan Isteri


Setiap wanita bergelar isteri sentiasa berdoa agar dianugerahkan seorang suami yang baik dan mampu menjaga keluarga selama-lamanya. Baik dari sudut agama mahupun hal-hal dunia, suami ini tidak cepat melatah untuk menangani apa sahaja masalah yang timbul.
Selain menyenangkan, suami juga diharap menjadi pembantu yang baik dalam rumah tangga. Pastinya satu bonus yang sangat bermakna apabila isteri benar-benar dipasangkan dengan suami sebegini. Jalinan rumah tangga lebih bahagia dan diberkati oleh-Nya. Tapi selain daripada dua perkara ini, apa lagi ciri yang membolehkan seorang suami itu pujaan isterinya.

Matang membuat keputusan
Tidak dinafikan kebanyakan lelaki masa kini dilihat matang sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Bagaimanapun setelah berkeluarga dan memikul tanggungjawab besar, rata-rata darinya mengeluh dan seakan ingin lari dari masalah yang ditempuh.
Usah begitu. Masalah adalah guru yang paling baik untuk mendapatkan hari depan yang cemerlang. Oleh itu cubalah belajar menjadi individu yang matang agar setiap keputusan yang dibuat tepat dan bermakna. Kebiasaannya, isteri gemar mendapatkan pandangan suami sebelum membuat sesuatu perkara. Biarpun dia mampu lakukannya tetapi kata-kata yang keluar dari mulut suami lebih memberi makna. Untuk itu berusahalah kerana ada kejayaan di sebaliknya.

Bantu uruskan anak-anak
Sering kedengaran dalam perkahwinan, isteri dilayan bagai puteri ketika disahkan berbadan dua. Lebih-lebih lagi ketika mengandungkan anak yang pertama. Apa sahaja yang diidamkan pasti tertunai dengan segera. Tetapi, setelah melahirkan, segala tanggungjawab menjaga dan mengurus anak-anak diletakkan sepenuhnya ke bahu isteri.
Suami yang baik adalah suami yang sentiasa merasa kasih dan simpati kepada isteri. Kerana itu maka kongsilah tanggungjawab bersama. Sekiranya isteri sibuk di dapur maka ringankan tulang untuk memandikan anak atau memantau mereka membuat kerja-kerja sekolah. Bukankah lebih bahagia?

Pakar dalam banyak perkara
Sebutlah apa sahaja, suami dengan segera akan memberikan jawapan biarpun ada kalanya jawapan yang diberikan tidaklah setepat mana. Isteri pastinya kagum dengan ‘kebolehan’ suami tercinta.
Baik politik, ekonomi dan sebagainya, suami boleh dikira arif untuk menghuraikan serba sedikit. Secara tidak langsung, suami akan dijadikan tempat rujukan pertama sebelum beralih ke sumber seterusnya.

Tegas dan berpendirian
Seorang suami akan lebih dihormati sekiranya ada ketegasan dan pegangan dalam hidup. Apabila mendengar sesuatu perkara, suami dengan segera akan mencadangkan sesuatu yang lebih baik berdasarkan dari apa yang di fikiran. Bukan niat membantah tetapi memberi pandangan agar perkara yang ingin dilakukan berjalan lebih lancar dan sempurna. Tidaklah seperti lalang yang hanya akan meliuk lentuk apabila diterbangkan angin.

Ringan tulang
Kalau masa bujang dahulu, boleh dikatakan hampir semua perkara dilakukan sendiri. Dari memasak, membasuh pakaian hinggalah kerja-kerja mengemas rumah, semua ditanggung beres. Tetapi setelah mendirikan rumah tangga, isteri mengambil alihnya. Janganlah begitu.
Ringankan tulang membantu isteri yang kepenatan mengurus itu dan ini. Sekali sekala, bantulah isteri walaupun hanya membasuh pinggan di dapur. Tentu ada yang tersenyum gembira melihatkan perubahan dari suami pujaan hatinya.

Seimbangkan ilmu dunia dan akhirat
Sedarlah bahawa tanggungjawab suami tidak hanya mencari nafkah untuk keluarga bahkan perlu memastikan isteri serta anak-anaknya mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Justeru, kemahiran ilmu agama perlu ada dalam diri setiap suami.
Biarpun ia antara cabaran yang harus dilakukan maka sahutlah dengan berani. Carilah masa untuk mengimamkan solat berjemaah dengan ahli keluarga atau sekali-sekala, bertadaruslah bersama mereka agar rasa hormat dan kasih sayang yang selama ini terjalin bertambah segar dan berkekalan selama-lamanya. Sekiranya tidak mampu maka dapatkan khidmat guru agama untuk mengajar di rumah anda. Belajarlah bersama-sama.

Usia Suami 40-an, Perkahwinan Mungkin Diuji
Sering terjadi kepada lelaki yang memasuki usia 40-an. Saat ini lelaki seakan kembali ke usia muda. Mereka mula mengambil perhatian terhadap penampilan dan berani menjeling-jeling gadis-gadis muda. Bagi yang terlalu mengikut perasaan dan tidak mengawal nafsu, rumah tangga boleh goyah kerananya. Malah ada yang sanggup meninggal isteri dan anak-anak kerana hawa nafsu mereka.
Oleh itu bagi isteri yang punya suami memasuki usia fasa ‘4 siri’ ini seharusnya melakukan persiapan kerana tatkala ini komitmen perkahwinan kembali teruji. Komunikasi dan pemahaman memainkan peranan yang sangat penting bagi pasangan yang mulai memasuki masa akil baligh kedua ini.
Situasi yang berbeza antara suami dan isteri sering kali menyebabkan konflik. Suami semakin bersemangat dalam banyak perkara, sedangkan isteri semakin lesu dan kurang ghairah. Bila ini yang terjadi maka komunikasi yang baik amat perlu di antara pasangan.
Sebarang krisis harus diselesaikan dengan baik. Buat isteri fahami keadaan yang dilalui suami ini, anda juga harus berubah. Lakukanlah sesuatu agar cinta kekal di hatinya. Kepada suami pula jangan terlalu mengikut perasaan anda. Fikirkanlah tentang keluarga yang telah anda bina selama ini.

Twilight Breaking Dawn



Hye ! ;) hehe..lyna search2 kat si blogger2 ramai jugak yang tak puas hati citer ni.. ada yang kata bosan.. ada yang kata jalan cerita tak menarik.. tapi bagi lyna ok je... best..~! dan lyna tak sabar nak tunggu PART 2 ! wauuuuu..! ehehehe... sgt best .. walaupun si tunang lyna teman lyna tgok dan diaa tertido sbb mungkin die tak paham jalan cerita.. sbb tu si tunang tertido ;) hehehe... apapun terharu jugak .. sbb walaupun si tunang tak suke cerita tu tapi still sudi teman lynaaa menonton cerita kegemaran lyna.. so sweet <3 terima kasih AHMAD ASRUL NIZAM BIN AHMAD GHANI ;)

10 Tip Bangkit Dari Kegagalan


HIDUP INI TIDAK SEMUANYA INDAH DAN HARI SURAM JUGA MENJADI SEBAHAGIAN DIARI KAMU. DI KALA DIRI DILANDA KEGAGALAN, KAMU AKAN BERMURUNG SEHINGGA HILANG KEYAKINAN DIRI. REMAJA INGIN BERKONGSI PENYELESAIAN UNTUK MENGATASI KEGAGALAN HIDUP. SIAPA TAHU TIP INI DAPAT MEMBANTU KAMU MEMBINA KEJAYAAN KELAK.

1. Lakukan Aktiviti Menyeronokkan
Ramai yang tidak tahu, emosi kita berkait rapat dengan pengeluaran hormon serotonin. Ketika pengeluarannya meningkat, kamu diselubungi perasaan positif seperti gembira dan bersemangat. Namun saat mengalami kegagalan, pengeluaran hormon tersebut akan berkurangan. Ketika inilah perasaan negatif akan menguasai dirimu. Bagi mengatasi penurunan kadar hormon ini, pakar psikologi menyarankan kamu melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berdamping dengan orang tersayang. Cara ini akan meningkatkan kadar hormon serotonin dan mengembalikan aura positif dalam diri kamu.


2. Bersosial
Usah mengurung diri dengan memendam rasa sebaliknya kamu digalakkan berinteraksi dengan orang di sekeliling. Perbuatan mengasingkan diri atas alasan untuk menyendiri akan membuatkan kamu lebih tertekan dan cenderung menyalahkan diri sendiri atas kegagalan yang berlaku. Aktiviti sosial yang sihat akan membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan hormon oksitosin yang membuatkan kamu kembali bersemangat. Sokongan moral daripada keluarga dan teman-teman akan membuatkan kamu rasa dihargai dan bermotivasi untuk terus memburu kejayaan.

3. Berfikiran Positif
Tidak dinafikan, kegagalan akan mengganggu kestabilan emosi dan mental kamu. Ubat paling mujarab, kamu harus melihat kegagalan ini dari sudut positif. Dugaan ini akan mematangkan kamu merencana masa depan dengan lebih baik. Jadikan ia sebagai pengajaran dan ceriakan diri kamu dengan sikap humor. Cara ini akan membuatkan kamu tenang dan orang di sekeliling kagum dengan ketabahan yang kamu miliki.


4. Bersikap Terbuka
Ketepikan ego dan terima hakikat kegagalan yang dialami tapi jangan sesekali membiarkan ia melemahkan kamu. Bina kembali keyakinan diri dan bersikap terbuka menerima kritikan, teguran atau nasihat daripada orang lain. Ingat! Kegagalan sering terjadi kepada golongan yang pesimis, ego dan berfikiran sempit.


5. Usah Menyalahkan Diri & Orang Lain
Usah menyalahkan diri atau sesiapa atas kegagalan yang berlaku. Tidak perlu mencari pesalah tapi amat penting untuk kamu menganalisis punca kegagalan agar kamu tidak mengulangi kesilapan yang sama.


6. Sokongan Keluarga & Teman
Saat menghadapi kesukaran begini, sokongan keluarga dan teman-teman sangat diperlukan agar dapat meringankan beban yang kamu tanggung. Setiap insan perlukan perhatian, kasih sayang dan motivasi agar mereka dapat meneruskan hidup dengan gembira.


7. Jaga Kesihatan
Hakikatnya, ramai remaja yang cenderung menyeksa diri sehingga mereka jatuh sakit seperti enggan makan atau terus-terusan mendera emosi dengan menyalahkan diri sendiri atas segala yang berlaku. Sepatutnya dalam keadaan sukar, kamu mesti lebih prihatin menjaga kesihatan dan mengalih perhatian dengan melakukan aktiviti riadah atau hobi baru. Kajian menunjukkan aktiviti fizikal seperti bersukan atau berkebun dapat mengurangkan tekanan.


8. Humor
Ketawa adalah penawar kegagalan atau kesedihan. Usah terus-menerus bermuka masam kerana ia hanya menambah tekanan. Kamu disarankan bergaul dengan teman-teman yang pandai berlawak, malah kamu juga boleh membuat humor. Cara ini akan mengembalikan keceriaan di wajah kamu dan menstabilkan emosi yang terganggu.


9. Luah Perasaan
Usah malu meluah isi hati atau masalah kepada insan yang kamu percayai. Cara ini sangat efektif mengurangkan kekecewaan yang kamu alami. Tapi jika kamu berasa tidak selamat membuka rahsia diri kepada orang lain, apa kata kamu luahkan segala yang membelenggu diri dengan cara menulis diari. Luahkan apa yang terbuku tanpa ada batasan kerana diari adalah hak peribadi kamu.


10. Gali Potensi Diri
Insan di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jika kamu gagal dalam satu bidang ia bukan bererti hidup kamu mengalami kegagalan secara keseluruhan. Apa kata, kamu gali potensi diri dengan mencuba bidang baru. Misalnya jika sebelum ini kamu tidak menyerlah dalam bidang penulisan, apa kata kamu mencuba penyiaran. Siapa tahu kamu lebih menyerlah sebagai penyampai berbanding penulis

30 Hari Mencari Cinta Sejati


BUKAN SENANG MENDAPAT CINTA SEJATI KERANA RAMAI YANG MEMAKAI TOPENG MENJADI ORANG LAIN DEMI MEMIKAT KEKASIHIDAMAN. LANTARAN, KAMU PERLU BIJAK MENILAI SIKAP SI DIA BAGI MENGETAHUI SEJAUH MANA KEIKHLASANNYA MENJALINKAN HUBUNGAN CINTA. JOM IKUTI MISI REMAJA MENCARI CINTA SEJATI...

Hari 1-3
Di awal perkenalan, kamu sangat teruja. Lantaran, apa juga yang dilakukan si dia membuatkan kamu bahagia. Dia akan sedaya  upaya menutup kelemahan diri dengan menonjolkan kelebihan. Usah hanyut dengan perasaan yang berbunga-bunga, kamu perlu berpijak di bumi nyata. Ingat! Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memberi gambaran imej yang positif demi memikat hati kamu. Inilah masanya kamu mula menyiasat latar belakang si dia dan keluarga.


Hari 4-7
Ikutkan saja rentaknya, ketika ini pastinya dia sudah berani  mengajak kamu bersiar-siar di lokasi kegemarannya. Sebaik-baiknya bawalah teman bersama bagi mengelakkan diri menjadi mangsa manusia tidak bertanggungjawab. Jika kamu yakin si dia berniat baik pun, kamu mesti mengambil langkah berjaga-jaga misalnya memberitahu kepada teman baik kamu lokasi pertemuan, nombor plat kereta atau motor yang kamu dan dia naiki serta nama individu tersebut. Hafal lokasi ini dan sesekali lakukan lawatan mengejut ke sini seorang diri tanpa pengetahuannya. Siapa tahu dia juga pernah membawa teman lain ke sini. Tahan hatimu supaya tidak kelihatan terlalu gembira, usah berdandan secara berlebihan sebaliknya kekalkan sikap tenang dan berpenampilan sederhana. 


Hari 11-14
Percayalah saat ini, dia mahu menunjukkan kebolehan dirinya kepada kamu. Jika dia  berbakat dalam bidang muzik seperti mahir bermain gitar, dia akan membawa kamu menemaninya ke majlis seni. Ops! Jangan terkejut jika dia tiba-tiba memetik gitar dan mendendangkan sebuah lagu romantis untuk kamu di hadapan tetamu. Semestinya kamu akan sangat bahagia dan bertuah dengan usahanya itu tapi awas jaga tingkah lakumu. Hadiahkan sebuah senyuman paling manis dan ucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberi. Usah melompat atau terlalu teruja sehingga lupa diri, dia akan tahu kelemahan kamu nanti. 


Hari 15-18
Apabila semua usaha sudah dilakukan untuk memikat kamu, saat ini gilirannya pula menguji  keikhlasan kamu berdamping dengannya. Jadi, bersedialah dengan ujiannya. Dia mungkin akan meminta bantuan kawannya untuk memikat kamu, biasanya menerusi panggilan telefon atau SMS. Tujuannya, dia mahu melihat sejauh mana kamu boleh setia. Dia juga seperti kamu, tidak mahu menjadi mangsa.

8 Tanda Si Dia Ikhlas dengan Kamu


1. Bersahaja
Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati  kamu. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan kamu.
2. Gembira Bersama
Tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian  bertemu atau menghabiskan masa bersama.
3. Terima Kamu Seadanya
Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri kamu seadanya. Dia tidak memaksa kamu menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.
4. Jujur
Baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan kamu. Kaki  penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.
5. Hormat
Di awal perkenalan sehingga kamu bersama sebagai kekasih, dia menghormati kamu dan tidak sesekali  dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari kamu dengan perbuatan atau percakapannya.
6. Bertemu Dengan Keluarga
Jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga kamu dan  dia juga akan  membawa kamu bertemu dengan keluarganya.
7. Tidak Menyembunyikan Kawan
Orang yang ikhlas mencintai kamu akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawankawannya
daripada kamu.
8. Mengambil Berat
Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi kamu untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai kamu sebagai pasangannya. 

Nov 10, 2011

11/11/11

hyep..! cantekkan tarikh ni? wauu.. tak sangka kita masih diberikan peluang untuk merasai tarikh 11/11/11 .. Alhamdulillah... memang dah terbiasa, bila tarikh dah cantek macam ni mmg orang ramai akan pilih utuk tarikh penting diorang ;) wahh..dan kerana tarikh ni jugak, banyak btoi lyna dapat undangan gi jamuan kawen, gi jamuan tunang... hehee... tahniah semua yee ;) lyna doakan kebahagian korang sentiasa.. dan doakan kebahagian lyna juga ye ;) 

12/11/11 genaplah 3tahun hubungan lyna ngan si tunang.. hehe.. die kata nak ajak dinner... wah.. kat mana entah.. huhu.. tak pernah lagi nak dinner pada tarikh penting ni... rasa excited pon ada.. harap2 lyna diberi kesempatan untuk merasaa kebahagian pada tarikh tu ;) untuk si tunang.. lyna terlalu sayangkan diee.. 

sayangku AHMAD ASRUL NIZAM B AHMAD GHANI, ini lagu untuk awk ;) saya sayangkan awk...


mesti awk suka lagui ni.. sbb saya tahu awk suka lagu rancak ;) hehehe


P/s :: selamat melangsungkan majlis pertunangan dan perkahwinan untuk esok, Lyna doakan kebahagian semua ;) semogaa bahagia ke anak cucu dan akhir hayat.... Amin...

NOTED

Nov 8, 2011

ROOM SCENTS













Ada 6 pewangi.




Ocean - Segar wangiannya tapi bau tidak kuat untuk ruangan yang besar.

Berries - Hindar bau hapak, bau rokok dan juga halau nyamuk

Apple - Kurangkan penyakit migrain

Sandalwood - Hindarkan bau negatif dari bau haiwan

Jasmine - Bau Harum Sundal Malam

Red Rose - Romantik, Bau sexual

Lanvender - Kurangkan tension dan pressure, tenang

Harga pasaran : RM22.90

Harga jualan : RM15.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Kos penghantaran RM6.00

Berminat boleh PM saya....Thanz...

Nov 4, 2011

Kecewa~


hurm.. kecewaakann kalu apa yang dihajati tak tercapai? hurm... sedangkan semua tu dahh dirancang awl2 lagi.. pahtu diberitahu awl2 lagi.. tapi knp? hurm.. tak thu nak kata apa... sedeh je raseee.. tak tahu nak luah macam mana.. yang rase skrg, penuh kekecewaan shj.. tapi nak buat macam mana.. mungkin tak ada rezeki lagi.. tapi bukan senang nak datang sini lagi.. sbb sibuk je ngan keje.. entah lah.. bila ada sesorang dcc ..ingatkan dapat merealisasikan hajat.. tpi stil menyedehkan... redha je lah.. mungkin ada hikmah disebaliknyeee.. hurm.. luse dah nak raye adha.. sekejap je masa berlalu kan.. ;)

Nov 2, 2011

Minyak Kelapa Dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia

Tahukah anda, Minyak Kelapa Dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia ??



Sebenarnya, minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung dan kanser.


minyak kelapa dara/virgin coconut oil(VCO) yang berbentuk softgel atau kapsul lembut. (gambar sumber dr google)



ANTARA KEBAIKAN DAN KHASIAT NYA :
✿ mengurangkan kadar kolestrol - ia sendiri tidak mengandungi kolestrol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi

✿ mendapatkan kembali keanjalan & kelembutan kulit - ia mempercepatkan pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet

 terhindar dari gejala alahan - minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine
 mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya
✿ mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas
✿ tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah - mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi faktor punca serangan jantung
✿ tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protoza
✿ pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang - sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbunhan maksima
 mengelakkan risiko sakit kanser - minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pthogen.
 keadaan berdengkur akan hilang - kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya
✿ melegakan pernafasan - mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
✿ pembuangan air besar dan kecil - menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis
✿ meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh - minyak kelapa dara diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan-badan akan terasa lebih bertenaga
✿ memusnah organisma perosak - seperti virus, bakteria, kulat dan ptotozoa(cacing) yang terdapat dlm usus kecil dan besar. jadi penghadaman mencapai tahap maksima 
✿ mengurangkan keadaan mudah lapar - bila penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. oleh itu berat badan terkawal-tidak perlu makan banyak dan kerap 
 mengurangkan kandungan lemak badan - berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang 
✿ mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi - mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung 
✿ mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru - mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit


Catalyst Collagen

CATALYST COLLAGEN - 15 sachets
RM 59.90 (Semenanjung)
RM 65.90 (Sabah & Sarawak)






Assalamualaikum :)

ok. kali ni sy nak cite 1 lagi produk Catalyst iaitu Collagen. Collagen ni sangat-sangat baik untuk kulit kita sebabnya Collagen ni ade Vitamin C. Kita perlu mengambil Collagen ni kerana 1/3 protein yang terdapat dalam badan kita mengalami penyusutan apabila umur kita semakin meningkat menyebabkan kulit akan mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.



APAKAH COLLAGEN ?
  • Collagen merupakan satu produk yang telah diformulasikan berasaskan teknologi farmaseutikal untuk memberi manfaat yang tidak terhingga kerana tubuh badan pengamalnya dari hujung rambut ke hujung kaki.


COLLAGEN MERUPAKAN STRUKTUR PROTEIN YANG BERFUNSI SEBAGAI :-
  • Perekat dalam badan
  • Ia merupakan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.
  • Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot.
  • Untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel-sel badan baru.


APA KELEBIHAN COLLAGEN ?

Kajian klinikan telah menunjukkan keberkesanan collagen dalam :
  1. Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan.
  2. Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit.


KHASIAT MENGGUNAKAN CATALYST COLLAGEN

  1. Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit.
  2. Mengatasi masalah kulit kusam, kering dan berkedut.
  3. Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap.
  4. Menyuburkan rambut agar kelihatan lebat dan berkilau.
  5. Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ketahap maksima.

KESAN MENGAMALKAN CATALYST COLLAGEN
  1. Kulit tidak akan berminyak.
  2. Dapat mengurangkan masalah jerawat akan hilang.
  3. Dapat mengurangkan parut-parut yang ada dikulit.
  4. Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga.
  5. Minda lebih cergas dan pergerakan anggota badan menjadi lebih lancar.

Persoalan yang sering ditanya mengenai COLLAGEN ~



Collagen adalah protein yang paling penting di dalam badan manusia. Collagen membina 75% daripada tisu kulit dan bertindak sebagai pemegang untuk pembentukan struktur badan kita. Pengambilan collagen adalah amat penting kerana 1/3 protein yang terdapat dalam badan kita mengalami penyusutan apabila umur kita semakin meningkat menyebabkan kulit akan mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an. Penambahan collagen adalah di syorkan bagi mengganti semula collagen dan membina semula sel-sel dan tisu-tisu badan.
Dengan mengamalkan Collagen from Catalyst brand adalah pilihan yang tepat bagi keanjalan dan ketegangan kulit kita. Kita semua sepatutnya start tambah collagen dr usia muda lagi untuk mengelakkan kulit hilang keanjalan pada usia yang tidak sepatutnya. You should take care of  your skin :)


CATALYST COLLAGEN
RM 59.90 (Semenanjung)
RM 65.90 (Sabah & Sarawak)



Now let's go to FAQ Collagen.

Q : Collagen ni dlm bentuk serbuk ke cecair ke ape?
A : Collagen catalyst ni actually dlm bentuk serbuk dan ianya ada 3g per serving. Ada 15 sachets dalam 1 kotak. Makan 1 sachet 1 kali sehari, so kiranya sebulan perlu mengambil 2 kotak Collagen Catalyst. if nk makan 1 sachet untuk 2 hari sekali pn xpe tapi kalau nk cepat cantik, makan tiap2 hari. :)


Q : Rasa dia cmne? cam susu ke?
A : Nope dear. Rasa dia mcm masam2 manis, mcm manis buah la nk kata. kadang2 rasa dia cm rebina. Sedap sangat, wrna pink ke purplean, eheh :)


Q : So how much the price?
A : The price only RM 59.90 untuk semenanjung. Sabah / Sarawak RM 65.90. Cuba korg tgk harga2 collagen lain cmne :)


Q : Mcmana cara nk pemakanannya?
A : Ok cara dia sng je. korg amek collagen tu then makan dgn letak bwh lidah. Then better minum dgn jus buah utk lebih efektif. Kalau xde, air suam pun hokey. Waktu paling sesuai untuk makan produk ini adalah sebelum tidur ( 2-3 jam selepas makan malam) kerana pada waktu tidur, proses penyerapan amat efektif. Jika lupa makan pada waktu malam, boleh dimakan pagi sebelum sarapan pagi dan kemudian disusuli semula pada waktu malam, tiada pantang k.


Q : Adakah wanita mengandung/dalam pantang/period boleh makan produk ini?
A : Tiada masalah dimakan oleh wanita mengandung, dalam pantang & period. Sangat digalakkan kerana semasa mengandung kulit kita akan jadi lebih kering dan kusam. if selalu amalkan Collagen catalyst , kulit akan bertambah lembut, halus, xkusam serta membantu mengekalkan kecergasan & tenaga dalam badan. :)


Q : Adakah sebarang reaksi/simpton yg berlaku selepas mengambil produk ini mcm pening kepala ke sakit perut ke?
A : Alhamdulillah mengikut experience sy yg dah berbulan-bulan makan collagen ni xde la plak kesan pape.  Malah rasa kulit makin tegang dan parut2 makin pudar :) Yang penting air kena minum banyak k untuk penyerapan collagen tu.


Q : Org yang ade darah tinggi, kencing manis, jantung, gout, kanser, ketumbuhan boleh ke mkn produk ni?
A : xde masaalah kepada yang berpenyakit seperti di atas kecuali gout kerana gout biasanya tidak digalakkan dengan lebihan protein.


Q : Apa kandungan dlm collagen ni?
A : Kandungan yg ada seperti di kotak adalahi Maltodextrin, Tomato extract, Aloe vera extract, Collagen, Pomegranate powder, flavor, and dextrose.


Q : Halal ke ni??
A : Kwn2 pls jgn was2 bila da ada sijil Halal Jakim. Jakim da check sume ingredient ok. Collagen ni ada sijil Halal Jakim, dan it is made in Malaysia. Jgn risau takut ada gelatin bukan2 ke ape. It's halal. :)